Dividers Glitters

Sunday 14 October 2007

Penerangan Aurat

Muqoddimah

Segala Puji bagi Allah yang telah memberi taufiq kepada hamba-hambanya untuk merenung segala perbuatannya, segala kelakuannya, agar tidak berpaling, terpinggir dari jalan keredhoaanNya.

Perintah Allah kepada hamba-hambaNya adalah sebagai tanda kasihNya untuk memberikan kehidupan yang terbaik di dunia dan di akhirat. Manusia adalah sebaik-baik ciptaanNya.Lebih mulia dari malaikat sekiranya manusia memuliakan dirinya dengan penunaian segala perintah Allah.Diantara perintahNya ialah berpakaian.

Berpakaian; adalah perhiasan yang dimiliki oleh manusia. Namun sifat pakaian yang menurut kehendak Allah adalah sebenar-benarnya pakaian yang membezakan dari haiwan, kerana Yang Menciptakan haiwan juga yang sama Menciptakan manusia, lantas Allah Maha Mengerti pakaian yang paling terbaik buat makhluknya yang terbaik, dan kerana sifatNya Yang Maha Pemurah akan memberi ganjaran / pahala bagi mereka yang berpakaian serupa dengan kehendakNya.Dan apa sahaja perintahNya adalah tanda rahmatNya pada kita.

Imam Bukhori telah memulakan kitab mengenai berpakaian didalam Kitabnya Sohih AlBukhori,dengan firman Allah s.w.t;
Ertinya: "Katakanlah (wahai Muhammad);Siapakah yang telah mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah disediakan untuk hamba-hambaNya? ".Al-a'raf:32
Ayat ini sebagai dalil kepada manusia bahawa berpakaian adalah perintah Allah.

Diantara sebab-sebab turunnya ayat tersebut;

1.Ibn Abi Hatim dengan sanadnya yang jayyid meriwayatkan dari Ashab Ibn Abbas(anak-anak murid kepada Imam Mufassirin Ibn Abbas r.a.huma)iaitu,Mujahid,A'tho' dan selain mereka berdua serta riwayat dari Ibrahim AnNakhoi'e,Suddi,Zuhry,Qotadah dan selain mereka mengatakan;Ayat ini telah turun kerana orang-orang musyrikin mereka sering bertawaf tanpa berpakaian (tanpa seurat benang) diBaituLlah.

2.Miswar bin Makhromah r.a.hu bercerita;Pakaian saya telah tertanggal. Maka Nabi s.a.w bersabda:Kuatkanlah ikatan baju kamu, janganlah kamu sekalian berjalan dengan tanpa berpakaian.Riwayat Muslim dan Abu Daud.(FathulBari , jilid10)

Kesimpulannya:
Allah s.w.t. mewujudkan perintah berpakaian ini adalah untuk menutup aurat manusia dan inilah yang dapat membezakan manusia dengan haiwan.

No comments: