Saturday, 20 September 2008

Kelebihan beramal & mencari lailatul qadar

Ramadhan akan pergi.Begitulah dalam kehidupan ini,ada yang datang dan pergi.Sebelum ia meninggalkan kita,berikanlah yang bermakna dan berharga dari diri kita ini.Sama ada terhadap orang yang kita sayangi atau perkara yang kita hargai. Sama-samalah kita usaha memberikan yang terbaik.. Dalam 10 ramadhan yang baki ni,kita usahakan diri kita beramal seperti mana RasuluLlah berusaha pada 10 yang terakhir dari Ramadhan... Diantara kelebihan yang terdapat pada 10 akhir Ramadhan ini ialah.. عن ‏ ‏عائشة ‏ ‏رضي الله عنها ‏ ‏قالت ‏ ‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏ابن نمير ‏ ‏التمسوا وقال ‏ ‏وكيع ‏ ‏تحروا ‏ ‏ليلة القدر في العشر الأواخر من رمضان ‏ Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Carilah Lailatulqadar pada sepuluh hari yang terakhir di bulan Ramadan .Riwayat Imam Muslim عن ‏ ‏أبي سعيد الخدري ‏ ‏رضي الله عنه ‏ ‏قال ‏ ‏كان رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يجاور ‏ ‏في العشر التي في وسط الشهر فإذا كان من حين تمضي عشرون ليلة ويستقبل إحدى وعشرين يرجع إلى مسكنه ورجع من كان ‏ ‏يجاور ‏ ‏معه ثم إنه أقام في شهر ‏ ‏جاور ‏ ‏فيه تلك الليلة التي كان يرجع فيها فخطب الناس فأمرهم بما شاء الله ثم قال ‏ ‏إني كنت ‏ ‏أجاور ‏ ‏هذه العشر ثم بدا لي أن أجاور هذه العشر الأواخر فمن كان اعتكف معي فليبت في معتكفه وقد رأيت هذه الليلة فأنسيتها فالتمسوها في العشر الأواخر في كل ‏ ‏وتر ‏ ‏وقد رأيتني أسجد في ماء وطين قال ‏ ‏أبو سعيد الخدري ‏ ‏مطرنا ليلة إحدى وعشرين ‏ ‏فوكف ‏ ‏المسجد في مصلى رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏فنظرت إليه وقد انصرف من صلاة الصبح ووجهه مبتل طينا وماء ‏ Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a: Rasulullah s.a.w pernah beriktikaf iaitu berada di dalam masjid selama sepuluh hari pada pertengahan bulan Ramadan. Selepas berlalu malam yang kedua puluh dan memasuki hari atau malam yang kedua puluh satu baginda pulang ke rumahnya. Para sahabat yang beriktikaf bersama-sama baginda juga turut pulang. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda di bulan Ramadan yang sama dan waktu yang sama di mana baginda pulang ke rumah, setelah menyuruh atau mengajak mereka supaya selalu tabah terhadap kehendak Allah dengan sabdanya: Aku telah beriktikaf selama sepuluh hari dan kemudian aku lanjutkan selama sepuluh hari yang berikutnya. Oleh itu sesiapa yang ingin melanjutkan iktikaf bersamaku, tetaplah berada di tempat iktikafnya. Aku telah bermimpi melihat Lailatulqadar tetapi aku terlupa waktunya. Carilah ia dalam sepuluh hari ganjil yang terakhir. Pada waktu itulah aku melihat aku sedang sujud pada air dan tanah. Abu Said Al-Khudriy r.a berkata: Kami dibasahi hujan pada malam hari yang kedua puluh satu. Masjid telah basah, begitu juga dengan tempat sembahyang Rasulullah s.a.w. Aku melihat ke arah baginda setelah selesai mendirikan sembahyang Subuh. Wajah baginda basah terkena lumpur dan air .Riwayat Imam Muslim ‏ ‏
ابن عمر ‏ ‏رضي الله عنهما ‏ ‏أن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏كان ‏ ‏يعتكف ‏ ‏في العشر الأواخر من رمضان ‏
Hadis Ibnu Umar r.a:
Biasanya Nabi s.a.w beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dalam bulan Ramadan. Riwayat Imam Muslim.

عن ‏ ‏عائشة ‏ ‏رضي الله عنها ‏ ‏قالت ‏ ‏كان رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله ‏ ‏وجد ‏ ‏وشد المئزر ‏
Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya: Apabila tiba sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, Rasulullah s.a.w menghidupkan ibadat malam. Baginda membangkitkan isteri baginda. Baginda amat bersungguh-sungguh dan bersemangat sekali dalam menghidupkan malam tersebut . RIwayat Imam Muslim

عائشة ‏ ‏رضي الله عنها ‏ ‏كان رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يجتهد في العشر الأواخر ما لا يجتهد في غيره ‏
Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bermujahadah pada sepuluh hari yang terakhir bulan Ramadan tidak seperti bulan-bulan lain .
Seperti yang kita ketahui,amalan pada lailatulqadar digandakan hingga menyamai amalan seribu bulan..dan kita adalah umat yang paling pendek umurnya,tidak sama seperti umat terdahulu. Kita akan rugi kerana peluang yang ada kita sia-siakan.Banyakkah masa yang telah kita beri untuk kita menyelamatkan diri kita esok di hari kiamat? Allah s.w.t dengan rahimNya telah mengurniakan masa yang memberi bonus pada pahala kita.. Kalau tak pun sekurang-kurangnya,pada 10 mlm terakhir ini,kita lebihkan sedikit solat sunat kita,seperti solat taubah,solat tasbih,atau yang mudah berzikir,brdoa dan tilawah AlQuran. Yang pasti pada sepuluh malam itu kita ada membuat amal yang lebih berbanding sebelumnya,seperti RasuluLlah s.a.w yang melebihkan amal baginda pada malam2 tersebut.Peluang hanya sekali..Kita tidak tahu adakah kita masih dapat menyambut dan beribadat pada Ramadhan akan datang.Hari ini kita sihat dan masih bernyawa. Tahun ini 2 org dr kalangan yg terdekat dgn ana telah pergi buat selama-lamanya pada Ramadhan kali ini..Dunia adalah sebentar,kehidupan juga sementara ,Akhiratlah yang kekal dan disana amalan sahaj yang akan dapt membantu kita.. Selamat Berusaha pada 10 malam yang akhir dari Ramadhan..moga2 kita dari kalangan hamba-hambaNya mendapat keampunan melalui keberkatan Ramadhan..Amiin

2 comments:

elsyhamee said...

insyaALLAH...amin ya rabbal alamin~

Mido Ezz said...

OMG this is really great
online movies