Tuesday, 2 September 2008

Ramadhan

عن ‏ ‏أبي هريرة ‏ ‏رضي الله عنه ‏ ‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة وغلقت أبواب النار ‏ ‏وصفدت ‏ ‏الشياطين


Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu . Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim : 1793 Imam Nawawi mensyarahkan hadis ini dalam kitabnya صحيح مسلم بشرح النووي : Qodhi I'yadh rah. telah berkata:" (dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu ) ini boleh membawa makna yang sebenar iaitu pintu-pintu Syurga dibuka dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu kerana kedatangan Ramadhan dan semata-mata penghormatan untuk Ramadhan.Dan syaitan-syaitan dibelenggu supaya mereka tidak mengganggu orang-orang mukmin dan membuat kekacauan keatas mereka." Beliau turut berkata :"Perkataan pada hadis itu juga boleh memberi gambaran tidak sebenar ,iaitu hanya menggambarkan Ramadhan bulan yang penuh dangan ganjaran dan pengampunan dan syaitan merasa terikat disebabkan orang-orang mukmin bersabar terhadap godaan syaitan.Perkara ini dikuatkan dengan hadis yang lain :dibukakan pintu-pintu rahmat dan juga hadis yang lain terdapat perkataan :syaitan-syaitan yang jahat dibelenggu. Qodhi I'yadh turut menjelaskan: Makna 'dibuka pintu-pintu Syurga' ialah dibukakan terhadap hamba-hambanya yang melakukan ketaatan pada bulan Ramadhan yang mana tidak terdapat pada bulan2 yang lain. Begitulah juga makna 'ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu' iaitu terhadap hamba-hambanya itu.

No comments: