Dividers Glitters

Sunday 24 August 2008

Ensiklopedia Wanita Muslimah


Buku ini berupaya menampilkan ciri-ciri peribadi wanita Muslimah yang utuh dalam garis tuntutan Allah swt dan sunnah Nabi saw. Setiap celah sisi kehidupan wanita Muslimah. HAYA BINTI MUBAROK AL-BARIK , selaku penulis Muslimah , dengan piawainya mengupas jelas melalui gaya bahasa yang sangat mudah difahami.

Buku ini mengandungi lapan bab:
  • Kedudukan wanita sebelum dan selepas Islam
  • Akidah Islam
  • Fikah Wanita Muslimah
  • Akhlak Wanita Muslimah
  • Ragam Ehwal Wanita Muslimah
  • Ibu hamil, merawat bayi, pola mendidik anak
  • Pilihan nama-nama anak
  • Doa-doa seharian
Harga:25.00 (kulit tebal)
Harga:18.00 (kulit nipis) m/s keseluruhan:471

Kitab khusus untuk wanita jadikan panduan seharian. Ana dah lama berjumpa dengan kitab ini kerana asalnya milik seorang sahabat ana. Dah lama mencari di kedai-kedai buku agama khususnya untuk sebagai koleksi sendiri ,akhirnya berhasil mendapatkan di gerai yang menjual kaset-kaset,cd,vcd nasyid di Jalan Masjid India, itupun kerana menemankan sahabat yang nak membeli kaset. Tak sangka juga kitab ni ada kat gerai tu. Terasa sedih kerana ilmu hampir terangkat dari dunia. Orang dah tak pandang sangat pada nilai kitab. Dan kat gerai tu hanya ada 1 saja. Patutlah sahabat ana yang dah dapat tu kata dia cari untuk ana tak dapat-dapat . So,syukur sangat dah dapat.
Kitab ni boleh dikatakan lengkap khususnya untuk pengetahuan agama wanita muslimah.
Ana sendiri
dapat banyak manfaat dari kitab ni. Rasa sampai bila-bila pun ana akan selalu mengulang baca kitab ini. Panduan sebagai persiapan menjadi ibu baru pun boleh, ibu yang berakhlak dan isteri solehah...

1 comment:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum...
ana pengen banget beli buku "Ensiklopedia Wanita Muslimah"
kalau boleh tau di mana bisa ana dapatkan buku itu ya? soalnya di jogja kayaknya gak ada!