Dividers Glitters

Sunday 24 August 2008

Hukum wanita bermusafir

Pada hakikatnya, tidak ada banyak perselisihan antara lelaki dan wanita di dalam perkara yang berkaitan dengan bermusafir.Wanita boleh bermusafir untuk menuntut ilmu, mengerjakan haji dan umrah. Wanita juga boleh bermusafir untuk menziarahi maqam RasuluLlah s.a.w, untuk berniaga, untuk melancong dan sebagainya selagi ada bersamanya suaminya atau mahramnya.

Risalah ini memuatkan perbahasan mengenai mahram yang dikaitkan dengan seseorang wanita bermusafir dengan suatu cara terperinci.
Terbitan ;Jahabersa
RM:3.++

Ana mendapatkan kitab di pustaka mukmin,dkt dgn Masjid India. Sangat bagus untuk dijadikan rujukan dan panduan. Masih ramai dikalangan wanita tidak mengerti hukum bermusafir untuk mereka. Ana akui termasuk kawan-kawan ana sendiri, tidak faham akan sebenar-benar hukum untuk mereka. Syariat bukan membataskan kerana tidak bebas,tetapi untuk menjaga wanita itu sendiri. Ya Allah,bantulah aku mengamalkan 100% syariatMu dengan cara yang Engkau sukai iaitu dengan cara kekasihMu..Amin.

No comments: