Dividers Glitters

Showing posts with label Dari peti surat. Show all posts
Showing posts with label Dari peti surat. Show all posts

Friday, 26 October 2007

Tazkirah

Ambil iktibar dan perbaiki diri, Insyaallah
Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di zaman Rasulullah,di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu denganRasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita.
Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'.Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW.
Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan memberi tazkirah sepertiberikut:"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, akulihat kamu ini lebih banyak di neraka".
Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian?Adakah sebab kami ini kufur?'
Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamutidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah2. Kamu kufurkan kebaikan suami."
Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :1. Banyak beristighfar2. Banyak bersedekah.
Keterangan:Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:
Contoh 1 Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibatgeram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya."Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanitamemang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, harta suami punkena sumpah.
Contoh 2 Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas.Masa ni jugak nak habis."Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidakmengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.
Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suamiyang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan suami'.Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri,jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatuketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akanberkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"(Terjemahan langsung dari Arab).
Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan denganperkataan seperti berikut:Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']
Rasulullah SAW sambung lagi,'Mana-mana isteri yang berkata,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugurpahala-pahala amalannya.'
Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyakberistighfar dan bersedekah,kerana ia dapat menyelamatkan kita dari perkara yang boleh menjerumuskankita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.
Fadhilat beristighfar:
Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70Xsehari,dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAWmenganjurkan kitaberistighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebihdari 100 X sehari.Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkanamalan zikir ini dalamamalan-amalan harian kita.
Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akandikeluarkan Allahdari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentuyang sering melanda kaum wanita.Sifat hazan bererti berdukacita" Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanyadalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak.
Sedekah
Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit.
Sedekah juga termasuk: 1. Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadapkeluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati.
Inilah rahsianya bagaimana hendakmenambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama,tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjanghayat baginda SAW,hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut namabeliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu di kalangan isteri-isteribaginda. Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telahbertanya beliau,dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWTerkenan tuturkatanya".
2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah. Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.
SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"

Wednesday, 30 May 2007

(Min sunduqy ArRisalah 2)

Subject: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah.
Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu
bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka,"Tidak" Sabda
Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala
bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami
nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.
Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakan oleh
binatang itu dengan doa keberkatan.
Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan
rezekinya.
Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti
meyapu lantai di Baitullah.
"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat
roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka,
jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."
"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan
mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan
memadamkan seratus perbuatan jahat."
"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya,
Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari
akhirat."
"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat
pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran
sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi
pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."
"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,
menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu,
Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka
dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya
kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya. "
Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan
janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi
minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul
maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada
taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka
dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."
Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun
ibadat.
Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan
kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan
wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan
menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi
Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu
memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri)
yang solehah.
Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat
pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang
kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya
perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan
dirinya.
Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

(Min sunduqy ArRisalah 1)

Assalamualaikum wbt .........
Kalau berita 'lain' mudah hantar, harap yang di bawah ni pun boleh hantar kepada member-member lain juga........ ......... . JGN DELETE walaupun sebelum ni dah pernah terima e mail macam ni dan juga dah pernah fwd pada kengkawan. Kerja baik buat selalu pun tak per.. Doa Nabi Yunus semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun... " LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ DZALIMIIN" (Surah Anbiyak) Kirimkan kepada 10 orang, insyaallah Allah akan memecahkan segala kesulitan dan kebuntuan mu!
====================================================================

Fungsi & hikmah :
1) Memperoleh kebaikan yang banyak, disebut dalam surah al-Baqarah ayat 269.
2) Penyelamat daripada azab, surah al-Anbiyak ayat 74.
3) Menjadikan ayat-ayat Quran sebagai petunjuk dan rahmat kepada orang yang melakukan kebaikan, surah Luqman ayat 2 hingga 3.
4) Membantu para nabi menjalankan tugas, surah as-Sad ayat 20, dan surah al-Zukhruf ayat 63.

Syarat mendapatkannya
Bagi mendapatkan hikmah, perlu memenuhi dua syarat iaitu:
1)Melalui tauhid, sebagaimana disebut dalam surah al-Israk ayat 39.
2)Berpegang teguh kepada Quran, disebut dalam surah Maryam ayat 12.

Tokoh-tokoh yang memperoleh hikmahQuran menyebutkan beberapa tokoh yang memperoleh hikmah, antaranya: 1)Nabi Isa, melalui surah Ali Imran ayat 48.
2)Nabi Yusuf, melalui surah Yusuf ayat 22.3)Nabi Yahya, melalui surah Maryam ayat 12. 4)Nabi Musa, melalui surah al-Qasas ayat 14. 5)Nabi Sulaiman, melalui surah al-Anbiyak ayat 79.6)Luqman, melalui surah Luqman ayat 12.