Ramadhan akan pergi.Begitulah dalam kehidupan ini,ada yang datang dan pergi.Sebelum ia meninggalkan kita,berikanlah yang bermakna dan berharga dari diri kita ini.Sama ada terhadap orang yang kita sayangi atau perkara yang kita hargai. Sama-samalah kita usaha memberikan yang terbaik.. Dalam 10 ramadhan yang baki ni,kita usahakan diri kita beramal seperti mana RasuluLlah berusaha pada 10 yang terakhir dari Ramadhan... Diantara kelebihan yang terdapat pada 10 akhir Ramadhan ini ialah.. عن عائشة رضي الله عنها قالت قال رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ابن نمير التمسوا وقال وكيع تحروا ليلة القدر في العشر الأواخر من رمضان Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Carilah Lailatulqadar pada sepuluh hari yang terakhir di bulan Ramadan .Riwayat Imam Muslim عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يجاور في العشر التي في وسط الشهر فإذا كان من حين تمضي عشرون ليلة ويستقبل إحدى وعشرين يرجع إلى مسكنه ورجع من كان يجاور معه ثم إنه أقام في شهر جاور فيه تلك الليلة التي كان يرجع فيها فخطب الناس فأمرهم بما شاء الله ثم قال إني كنت أجاور هذه العشر ثم بدا لي أن أجاور هذه العشر الأواخر فمن كان اعتكف معي فليبت في معتكفه وقد رأيت هذه الليلة فأنسيتها فالتمسوها في العشر الأواخر في كل وتر وقد رأيتني أسجد في ماء وطين قال أبو سعيد الخدري مطرنا ليلة إحدى وعشرين فوكف المسجد في مصلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فنظرت إليه وقد انصرف من صلاة الصبح ووجهه مبتل طينا وماء Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a: Rasulullah s.a.w pernah beriktikaf iaitu berada di dalam masjid selama sepuluh hari pada pertengahan bulan Ramadan. Selepas berlalu malam yang kedua puluh dan memasuki hari atau malam yang kedua puluh satu baginda pulang ke rumahnya. Para sahabat yang beriktikaf bersama-sama baginda juga turut pulang. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda di bulan Ramadan yang sama dan waktu yang sama di mana baginda pulang ke rumah, setelah menyuruh atau mengajak mereka supaya selalu tabah terhadap kehendak Allah dengan sabdanya: Aku telah beriktikaf selama sepuluh hari dan kemudian aku lanjutkan selama sepuluh hari yang berikutnya. Oleh itu sesiapa yang ingin melanjutkan iktikaf bersamaku, tetaplah berada di tempat iktikafnya. Aku telah bermimpi melihat Lailatulqadar tetapi aku terlupa waktunya. Carilah ia dalam sepuluh hari ganjil yang terakhir. Pada waktu itulah aku melihat aku sedang sujud pada air dan tanah. Abu Said Al-Khudriy r.a berkata: Kami dibasahi hujan pada malam hari yang kedua puluh satu. Masjid telah basah, begitu juga dengan tempat sembahyang Rasulullah s.a.w. Aku melihat ke arah baginda setelah selesai mendirikan sembahyang Subuh. Wajah baginda basah terkena lumpur dan air .Riwayat Imam Muslim
ابن عمر رضي الله عنهما أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يعتكف في العشر الأواخر من رمضان
Hadis Ibnu Umar r.a:
Biasanya Nabi s.a.w beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dalam bulan Ramadan. Riwayat Imam Muslim.
عن عائشة رضي الله عنها قالت كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وجد وشد المئزر
Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya: Apabila tiba sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, Rasulullah s.a.w menghidupkan ibadat malam. Baginda membangkitkan isteri baginda. Baginda amat bersungguh-sungguh dan bersemangat sekali dalam menghidupkan malam tersebut . RIwayat Imam Muslim
عائشة رضي الله عنها كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يجتهد في العشر الأواخر ما لا يجتهد في غيره
Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bermujahadah pada sepuluh hari yang terakhir bulan Ramadan tidak seperti bulan-bulan lain .
Seperti yang kita ketahui,amalan pada lailatulqadar digandakan hingga menyamai amalan seribu bulan..dan kita adalah umat yang paling pendek umurnya,tidak sama seperti umat terdahulu. Kita akan rugi kerana peluang yang ada kita sia-siakan.Banyakkah masa yang telah kita beri untuk kita menyelamatkan diri kita esok di hari kiamat? Allah s.w.t dengan rahimNya telah mengurniakan masa yang memberi bonus pada pahala kita.. Kalau tak pun sekurang-kurangnya,pada 10 mlm terakhir ini,kita lebihkan sedikit solat sunat kita,seperti solat taubah,solat tasbih,atau yang mudah berzikir,brdoa dan tilawah AlQuran. Yang pasti pada sepuluh malam itu kita ada membuat amal yang lebih berbanding sebelumnya,seperti RasuluLlah s.a.w yang melebihkan amal baginda pada malam2 tersebut.Peluang hanya sekali..Kita tidak tahu adakah kita masih dapat menyambut dan beribadat pada Ramadhan akan datang.Hari ini kita sihat dan masih bernyawa. Tahun ini 2 org dr kalangan yg terdekat dgn ana telah pergi buat selama-lamanya pada Ramadhan kali ini..Dunia adalah sebentar,kehidupan juga sementara ,Akhiratlah yang kekal dan disana amalan sahaj yang akan dapt membantu kita.. Selamat Berusaha pada 10 malam yang akhir dari Ramadhan..moga2 kita dari kalangan hamba-hambaNya mendapat keampunan melalui keberkatan Ramadhan..Amiin
"Dunia adalah perhiasan (kesukaan/keindahan),Sebaik-baik perhiasannya ialah Wanita Solehah."Hadis riwayat Muslim.
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Saturday, 20 September 2008
Sunday, 14 September 2008
Kelebihan bersahur dan waktu sahur yang dianjurkan oleh Nabi s.a.w
عن أنس رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم تسحروا فإن في السحور بركة
Hadis Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya.
عن زيد بن ثابت رضي الله عنه قال تسحرنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ثم قمنا إلى الصلاة قلت كم كان قدر ما بينهما قال خمسين آية
Hadis Zaid bin Thabit r.a katanya: Kami pernah bersahur bersama Rasulullah s.a.w. Setelah itu kami pun mendirikan sembahyang Subuh. Kemudian aku bertanya: Berapakah selang waktu di antara keduanya? Baginda menjawab: Kira-kira bacaan lima puluh ayat .
Bersahur hukumnya sunat. Walaupun sunat tetapi sangat besar manfaatnya.1)Manfaat untuk diri sendiri. Mendapat tenaga untuk berpuasa. 2) Mendapat pahala dengan percuma kerana ia adalah sunat dan sunnah Nabi s.a.w.
Jadi rugilah mereka yang meninggalkan sahur.Ia juga salah satu amalan Nabi s.a.w.Mendapat pahala menghidupkan sunnah Nabi s.a.w. Dan waktu sahur ialah waktu yang penuh keberkatan. Puasa akan menjadi mudah. Tidak terlewat lagi bagi mereka yang berniat untuk bersahur.
Pengajaran Hadis: i) Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan untuk mengakhirkan waktu bersahur iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran. ii) Mengantuk dan letih tidak boleh dijadikan alasan untuk enggan bersahur kerana sahur dapat membantu menguatkan badan orang yang berpuasa untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, di samping sahur itu sendiri adalah satu amalan sunat yang berkat. Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani, yang dimaksud dengan berkat (barakah) itu ialah akan mendapat ganjaran dan pahala di mana Allah akan merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat juga akan mendoakannya. iii) Pengambilan makanan sahur adalah titik yang membezakan antara puasa penganut agama lain dengan puasa kaum muslimin kerana penganut lain tidak bersahur sebelum berpuasa. iv) Waktu sahur adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah S.W.T. v) Sahur itu boleh dilakukan dengan sedikit makan walaupun cuma seteguk air. Namun tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit pasti akan mengganggu kesihatan. |
Tuesday, 2 September 2008
Ramadhan
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة وغلقت أبواب النار وصفدت الشياطين
Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu . Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim : 1793 Imam Nawawi mensyarahkan hadis ini dalam kitabnya صحيح مسلم بشرح النووي : Qodhi I'yadh rah. telah berkata:" (dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu ) ini boleh membawa makna yang sebenar iaitu pintu-pintu Syurga dibuka dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu kerana kedatangan Ramadhan dan semata-mata penghormatan untuk Ramadhan.Dan syaitan-syaitan dibelenggu supaya mereka tidak mengganggu orang-orang mukmin dan membuat kekacauan keatas mereka." Beliau turut berkata :"Perkataan pada hadis itu juga boleh memberi gambaran tidak sebenar ,iaitu hanya menggambarkan Ramadhan bulan yang penuh dangan ganjaran dan pengampunan dan syaitan merasa terikat disebabkan orang-orang mukmin bersabar terhadap godaan syaitan.Perkara ini dikuatkan dengan hadis yang lain :dibukakan pintu-pintu rahmat dan juga hadis yang lain terdapat perkataan :syaitan-syaitan yang jahat dibelenggu. Qodhi I'yadh turut menjelaskan: Makna 'dibuka pintu-pintu Syurga' ialah dibukakan terhadap hamba-hambanya yang melakukan ketaatan pada bulan Ramadhan yang mana tidak terdapat pada bulan2 yang lain. Begitulah juga makna 'ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu' iaitu terhadap hamba-hambanya itu.
Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu . Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim : 1793 Imam Nawawi mensyarahkan hadis ini dalam kitabnya صحيح مسلم بشرح النووي : Qodhi I'yadh rah. telah berkata:" (dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu ) ini boleh membawa makna yang sebenar iaitu pintu-pintu Syurga dibuka dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu kerana kedatangan Ramadhan dan semata-mata penghormatan untuk Ramadhan.Dan syaitan-syaitan dibelenggu supaya mereka tidak mengganggu orang-orang mukmin dan membuat kekacauan keatas mereka." Beliau turut berkata :"Perkataan pada hadis itu juga boleh memberi gambaran tidak sebenar ,iaitu hanya menggambarkan Ramadhan bulan yang penuh dangan ganjaran dan pengampunan dan syaitan merasa terikat disebabkan orang-orang mukmin bersabar terhadap godaan syaitan.Perkara ini dikuatkan dengan hadis yang lain :dibukakan pintu-pintu rahmat dan juga hadis yang lain terdapat perkataan :syaitan-syaitan yang jahat dibelenggu. Qodhi I'yadh turut menjelaskan: Makna 'dibuka pintu-pintu Syurga' ialah dibukakan terhadap hamba-hambanya yang melakukan ketaatan pada bulan Ramadhan yang mana tidak terdapat pada bulan2 yang lain. Begitulah juga makna 'ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu' iaitu terhadap hamba-hambanya itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)