Maksud Aurat dari segi bahasa:Segala perkara yang dirasa malu (jika dilihatkan ,didedahkan) juga memberi makna a'ib,cacat,cela atau juga diterjemahkan sebagai lorong-lorong jalan di bukit. (Munawwir,Kamus Bahasa A'rab-Indonesia)
Private parts, genitals, defect, fault and blemish. (Al-Mawrid Al-Quareeb,A Pocket Arabic-English Dictionary)
Dalam Hadis:"Wanita itu adalah a'urat".Maksudnya wanita itu menjadi a'urat kerana dirinya adalah aurat bila ia menampakkan apa yang patut ia rasa malu seperti mana seseorang yang bila auratnya tersingkap terasa malu. (Lisanul A'rab.Jilid 4)
Kesimpulannya:
Aurat itu ialah suatu (yang terdedah,tersingkap, terbuka) maka terasa malu seperti aib seseorang didedahkan maka ia akan malu,dan adakalanya perkara itu menjatuhkan maruah (menurunkan harga) dirinya.Maka kerana itulah 'AURAT' (aibnya) ditutup dan dijaga untuk memelihara harga dirinya, seperti penjual menyembunyikan kecacatan (aib) barang supaya tidak jatuh harganya.
Maksud Aurat dari segi syara':Suatu yang wajib ditutup atau suatu yang haram dilihat. (Fiqh Al-Manhaji A'la Al-Mazhab Al-Imam Syafie',Jilid 1)
"Dunia adalah perhiasan (kesukaan/keindahan),Sebaik-baik perhiasannya ialah Wanita Solehah."Hadis riwayat Muslim.
Showing posts with label Untukmu Wanita Solehah. Show all posts
Showing posts with label Untukmu Wanita Solehah. Show all posts
Sunday, 14 October 2007
Penerangan Aurat
Muqoddimah
Segala Puji bagi Allah yang telah memberi taufiq kepada hamba-hambanya untuk merenung segala perbuatannya, segala kelakuannya, agar tidak berpaling, terpinggir dari jalan keredhoaanNya.
Perintah Allah kepada hamba-hambaNya adalah sebagai tanda kasihNya untuk memberikan kehidupan yang terbaik di dunia dan di akhirat. Manusia adalah sebaik-baik ciptaanNya.Lebih mulia dari malaikat sekiranya manusia memuliakan dirinya dengan penunaian segala perintah Allah.Diantara perintahNya ialah berpakaian.
Berpakaian; adalah perhiasan yang dimiliki oleh manusia. Namun sifat pakaian yang menurut kehendak Allah adalah sebenar-benarnya pakaian yang membezakan dari haiwan, kerana Yang Menciptakan haiwan juga yang sama Menciptakan manusia, lantas Allah Maha Mengerti pakaian yang paling terbaik buat makhluknya yang terbaik, dan kerana sifatNya Yang Maha Pemurah akan memberi ganjaran / pahala bagi mereka yang berpakaian serupa dengan kehendakNya.Dan apa sahaja perintahNya adalah tanda rahmatNya pada kita.
Imam Bukhori telah memulakan kitab mengenai berpakaian didalam Kitabnya Sohih AlBukhori,dengan firman Allah s.w.t;
Ertinya: "Katakanlah (wahai Muhammad);Siapakah yang telah mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah disediakan untuk hamba-hambaNya? ".Al-a'raf:32
Ayat ini sebagai dalil kepada manusia bahawa berpakaian adalah perintah Allah.
Diantara sebab-sebab turunnya ayat tersebut;
1.Ibn Abi Hatim dengan sanadnya yang jayyid meriwayatkan dari Ashab Ibn Abbas(anak-anak murid kepada Imam Mufassirin Ibn Abbas r.a.huma)iaitu,Mujahid,A'tho' dan selain mereka berdua serta riwayat dari Ibrahim AnNakhoi'e,Suddi,Zuhry,Qotadah dan selain mereka mengatakan;Ayat ini telah turun kerana orang-orang musyrikin mereka sering bertawaf tanpa berpakaian (tanpa seurat benang) diBaituLlah.
2.Miswar bin Makhromah r.a.hu bercerita;Pakaian saya telah tertanggal. Maka Nabi s.a.w bersabda:Kuatkanlah ikatan baju kamu, janganlah kamu sekalian berjalan dengan tanpa berpakaian.Riwayat Muslim dan Abu Daud.(FathulBari , jilid10)
Kesimpulannya:
Allah s.w.t. mewujudkan perintah berpakaian ini adalah untuk menutup aurat manusia dan inilah yang dapat membezakan manusia dengan haiwan.

Saturday, 10 February 2007
Kelebihan wanita solehah dan ganjarannya.

- Abdullah Ibn A’mr Ibnil A’ss r.ahu. meriwayatkan dari RasuliLlah s.a.w bersabda; "Sesungguhnya dunia itu hanyalah keindahan semata. Dan sebaik-baik keindahannya adalah Wanita solehah . (Riwayat Muslim,Nasai’e dan Ibnu Majah)
- Abdullah Ibn A’mr Ibnil A’ss r.ahu. dari RasuliLlah s.a.w bersabda; "Dunia adalah perhiasan, dan tidak ada perhiasan dunia yang lebih baik dari wanita yang solehah."
(Riwayat Muslim dan Ahmad didalam Musnadnya) - Ismail bin Muhammad bin Saa’d bin Abi Waqqos r.a.hum meriwayatkan dari bapanya , dari datuknya ia berkata; RasuluLlah s.a.w telah bersabda; "Diantara kebahagiaan anak adam terdapat pada 3 benda; 1. Memiliki wanita yang solehah, 2. Kediaman yang elok 3. Kenderaan yang baik, dan diantara kecelakaan kepada anak adam terdapat pada 3 benda; 1. Memiliki wanita yang tidak solehah (buruk akhlaknya) 2. Kediaman yang tidak elok 3. Kenderaan yang baik ." ( Riwayat Ahmad,Bazzar dan Tabroni didalam kitab Kabir dan Awsat)
- Abdur Rahman bin Auf meriwayatkan ia berkata; RasuluLlah s.a.w telah bersabda; "Wanita yang mengerjakan solat lima waktu, dan berpuasa pada bulan Ramadhon, dan memelihara farajnya (menjaga maruah/dirinya), dan mentaati suaminya, akan diseru kepadanya; "Masuklah kamu ke dalam syurga dari mana-mana pintu yang kamu suka."
(Terdapat dalam kitab Kasyful Astar, Firdaus AlAkhbar, Hilyatul Auliya’, Targhib, Sohihul Jame’, dan Faidhul Qodir) - Kathir bin Murrah meriwayatkan dari Ibnu Umar r.ahuma; RasuluLlah s.a.w
telah bersabda; "Kejahatan wanita yang jahat seperti kejahatan seribu orang lelaki yang jahat, dan sesungguhnya kebaikkan wanita yang beriman seperti amal tujuh puluh orang yang benar." (Terdapat dalam kitab Kasyful Astar, Firdaus AlAkhbar, Hilyatul Auliya’, Fathul Akbar, Faidhul Qodir dan Majma’ AzZawaid dan turut diriwayatkan oleh Imam Bazzar) - Ya’la bin Munabbih menceritakan pada zaman RasuliLlah s.a.w ada seorang lelaki yang mempunyai seorang isteri yang solehah. Dan apabila suaminya pulang ia akan mengucapkan ; "Marhaban (selamat datang) pemilik diriku ini(dirinya), dan pemilik keluarganya! Sekiranya kerisauan tuan adalah kerisauan mengenai akhirat maka Allah akan memberi rezeki kepadamu, dan berlaku baik kepadamu.Dan sekiranya kerisauan tuan adalah kerisauan mengenai dunia, maka Allah akan menambahkan kerisauan tuan.
Maka lelaki ini telah datang kepada RasulaLlah s.a.w dan ia memberitahu kepada baginda kata-kata isterinya. Maka RasuluLlah s.a.w bersabda; "Bagi wanita ini pahalanya separuh pahala orang berjihad di jalan Allah dan ia dikira sebagai pekerja Allah dari pekerja-pekerja Allah." - Kaa’b bin U’jrah r.ahu. berkata; RasuluLlah s.a.w bersabda ; " Mahukah aku beritahu kepada kamu lelaki-lelaki yang merupakan penghuni syurga?" Kami berkata; " Sudah tentu Ya RasulaLlah". Baginda bersabda; " Nabi akan berada dalam syurga, Yang Sodeq juga(benar;Abu Bakr r.ahu)akan berada dalam syurga, Yang mati syahid akan berada dalam syurga, dan juga lelaki yang melawat saudara seagamanya di hujung bandar semata-mata kerana Allah, Dan mahukah aku beritahu kepada kamu tentang wanita-wanita yang merupakan penghuni syurga?." Kami berkata; " Sudah tentu Ya RasulaLlah".Baginda bersabda; "Wanita yang banyak kasih sayangnya, yang banyak melahirkan anak,yang banyak banyak memuji kebaikkan,yang mana sekiranya ia menyebabkan suaminya marah padanya (melakukan kesilapan) ia akan berkata ; "Tanganku ditanganmu, tidak akan ku memakai celak (berhias) sehinggalah engkau senang hati dengan diriku ini."
(Riwayat Tabroni, dan terdapat dalam Targhib wa Tarhib, Aljanal Dani, Mizan Al Ii’tidal, Majma’ AzZawaid dan Sohihul Jame’) .
Ahkamun Nisa’ karangan AlHafez Abdur Rohman bin A’li bin AlJauzi (Ibnu Jawzi).
Ahli Fiqh Mazhab Hanbali .Wafat pada tahun 597 hijrah.
Dan kitab ini ditahqiq oleh Abdul Qoder Ahmad Abdul Qoder. Maktabah Darul Ibnu Qutaybah dan diedar oleh Dar AlWafa’.Cetakan 1989M/1410H.
Kelebihan Wanita menetap di Rumah

- Ibnu Masu’d r.ahu meriwayatkan ; bahwa RasuluLlah s.a.w bersabda:
"Wanita itu aurat, apabila ia keluar dari rumahnya maka syaitan mengawasinya.Dan sesungguhnya selama ia berada dirumahnya wanita itu sangat dekat dengan Allah s.w.t . (Hadis Riwayat Tirmizi)
- Ibnu Masu’d r.ahu meriwayatkan ; bahwa RasuluLlah s.a.w bersabda:
"Solat wanita dibiliknya lebih baik dari di tengah rumahnya, dan solatnya di tengah rumahnya lebih baik dari solatnya di perkarangan rumahnya (serambinya)".(Hadis Riwayat Abu Daud Jilid 1)
- "Solat wanita yang paling disukai oleh Allah ialah yang dikerjakan di mihrabnya mandapat pahala 25 darjat lebih baik dari solatnya secara berjemaa'h".(Kanzul U'mmal)
- Dari AsSaib bekas hamba Ummu Salamah r.a.ha:Nabi s.a.w bersabda:"Masjid yang terbaik bagi wanita ialah sudut rumahnya". (Musnad Ahmad, Targhib wa Tarhib)
Sabda baginda:" A'malan yang paling baik bagi kaum wanita dari ummatku adalah redho (terima dan taat) dan menghindarkan diri dari lelaki (dengan berada di rumah). " (Syaroi' Hijab) - Abu Hurairah r.a.hu. meriwayatkan,RasuluLlah s.a.w telah bersabda di dalam haji wida':" Hanya untuk ini (mengerjakan haji) sahaja selepas ini,kamu (para isteri baginda) semua hendaklah berada di tikar-tikar rumah (menetap di rumah)".Abu Hurairah r.a.hu berkata: Kamu semua itu ialah isteri-isteri RasuluLlah s.a.w. (Sunan Abi Daud,Musnad Ahmad,Targib wa Tarhib)
- Hadhrat A'aiesyah r.a.ha meriwayatkan RasuluLlah s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya solat wanita dirumahnya lebih baik dari didalam biliknya,solatnya di dalam biliknya lebih baik dari solatnya di halaman dalam rumahnya,solatnya di halaman rumahnya lebih baik dari solatnya di masjid".(Sunan Abu Daud, Musnad Ahmad,Majma' AzZawaid)
- Ibnu Masu’d r.ahu " Perempuan itu aurat, maka tahanlah mereka di dalam rumah.Sesungguhnya seseoran wanita itu bila ia keluar , suaminya bertanya:"kamu hendak kemana?".Kata perempuan itu:"Saya hendak pergi menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah".Maka syaitan sentiasa bersamanya (menghasut ia keluar) sehingga ia keluar dari rumahnya dengan terbuka auratnya.Sedangkan tidaklah wanita itu dapat mencari keredhoan Allah (dengan cara yang terlebih baik) dari ia tinggal di dalam rumahnya, dan beri'badat kepada Allah di dalamnya dan mentoa'ti suaminya." ( Targhib wa Tarhib dan Majma' AzZawaid)
- Dari Saie'd AlMusayyab meriwayatkan,Ali r.a.hu telah bertanya kepada Fatimah r.a.ha:"Apakah perkara yang terbaik bagi wanita?" Fatimah r.a.ha berkata:"Wanita yang tidak melihat lelaki dan mereka lelaki tidak dapat melihat ia".Ali r.a.hu berkata:"Aku menyebutkan perkara tersebut kepada Nabi s.a.w,lalu baginda bersabda:"Fatimah adalah sebahagian dari diriku". (Kasyful Astar,dan semaknanya di dalam Bukhari dan Muslim)
Marja’
Ahkamun Nisa’ karangan AlHafez Abdur Rohman bin A’li bin AlJauzi (Ibnu Jawzi).
Ahli Fiqh Mazhab Hanbali .Wafat pada tahun 597 hijrah.
Dan kitab ini ditahqiq oleh Abdul Qoder Ahmad Abdul Qoder. Maktabah Darul Ibnu Qutaybah dan diedar oleh Dar AlWafa’.Cetakan 1989M/1410H.
Hijab Wanita Muslimah diterjemahkan oleh Muhammad Qosim AtTimory.
Diterbitkan oleh Jahabersa.
Subscribe to:
Posts (Atom)