Dividers Glitters

Saturday, 13 September 2008

Kelebihan wanita mengandung


Allah s.w.t telah berfirman;
"Dan kami telah perintahkan kepada manusia (untuk berbakti) kepada ibubapanya dengan baik.Ibunya telah mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula.Dia mengandungkannya dan menyapihkan susuannya selama tiga puluh bulan".(Surah Al-Ahqof:15)

RasuluLlah s.a.w telah bersabda;
"Hadhinah perempuan yang menyusukan Ibrahim,putera RasuluLlah s.a.w bertanya;"Wahai RasuluLah,engkau telah memberi khabar gembira dalam segala hal untuk kaum lelaki tetapi tidak untuk kaum wanita".RasuluLlah s.a.w bersabda;"Adakah rakan-rakanmu menghantarmu untuk bertanya seperti itu?".Jawabnya:"Benar,mereka menyuruhku seperti itu". Lalu baginda bersabda;"Tidakkah seseorang diantara kamu merasa redho jika ia hamil dari benih suminya dan suaminya bangga dengan kehamilnnya itu, bahawa wanita tersebut mendapat pahala sama dengan seorang yang berpuasa dan berdiri malam di jalan Allah; dan bila wanita itu menderita sakit sewaktu melahirkan, maka betapa kegembiraan yang dirasakan dengan lahir buah hatinya yang tak diketahui oleh penghuni langit dan bumi." (Diriwayatkan oleh Ibnu Atsir) 

Rujukan:
Ensiklopedia Wanita Muslimah Haya' Binti Mubaraok AlBarik

No comments: